NSJ Event sekian lama memenuhi impian pelanggan yang inginkan kesempurnaan keindahan hiasan dan susun aturcara penyediaan khemah. Pelbagai acara dari majlis perkahwinan hinggalah ke majlis keramaian umum telah NSJ Event sempurnakan dengan sentuhan hiasan kontemporari mahupun klasik.
 
NSJ Event bermula dengan perkhidmatan penyewaan khemah dan peralatan. NSJ Event mengembangkan kelopak perniagaannya pada tahun 2001 kepada perkhidmatan hiasan laman dan balai untuk majlis perkahwinan dan lain-lain acara keramaian.

 

Kini NSJ Event mempunyai pelbagai jenis khemah dan perkakasan yang dijaga rapi di gudang simpanan sendiri demi menjaga kualiti perkhidmatan tertinggi.

"Hiasan laman ibarat istana, tiada kata yang tak terlaksana"
NSJ EVENT 2009